Friday, 28 October 2011

Dugaan Hidup


Hari nie tba2 rasanya nk conteng blog aku nie..tp aku xthu nk contg apa...knapa??

Aku xpasti apa yang bermain dalam minda ku ini...
aku xthu apa yg aku mahukan...
aku xthu apa yg perlu aku lakukan...
ksedihan melanda lg hidupku....

Terlalu byk dugaan hidup yg tlh aku alami..ini semua ujian dari yg maha esa...
menguji ksabaran n keimanan hambanya...
sesungguhnya ia mgajar aku erti sebuah kehidupan..hidup nie prlukan kesabaran...perlukan tggungjawab...

Kadang2 kita rasakan dugaan yg diberikn terlalu berat...tp sesungguhnya Allah xkn beri dugaan yg xmmpu umatnya harungi...cuma kita  perlu kuat untk megharunginya...brdoa kpdanya..itulah jalan yg terbaik...

Aku rasa penat untk menangis...tp air mata tdk mgira  itu  semua...krana bila kesedihan melnda ia akan mengalir keluar tnpa di minta...
knpa aku bgitu murah dengan air mata....
rsanya xsggup sudh...
aku nk jd kuat...
kuat dlm menempuh dugaan hidup....
kuat  dlm mgharungi onak n duri hidup...

YAALLAH kau tbhkan hti hambamu ini..kau kuatkan lah aku dlm menempuh segla dugaan hidup ini....
Amin..

Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN…

Tuesday, 25 October 2011

Detik berlalu...

Pejam celik -pejam celik rupanya aku dah sem akhir...hem rupanya dh 3 thn lbh aku kt sini...terlalu bayak suka duka yang aku lalui disini.terlalu byk kenangan manis n pahit disini..kerana aku di sini hanyalah perantau yang hanya ada sahabat disisiku....Terasa sedih plk....xlama lg akan berpisah dengan mereka n menjalankan kehidupan mengikut hala tuju masing2...Aku syg sangat kt mereka nie...hadirnya mereka sebagai shabat seperjuangan...sahabat suka duka...meghiburkan aku ketika aku sedih....dismpingku bila aku kesusahan....Sesungguhnya untk mndapatkan sahabat dikala susah n senang amat sukat....selalunya sahabat ketika bersuka ria memang bayak..tp sahabat dikala kita kesusahan memang susah untk kita perolehi....

Kadang-kadang ada jugak terselit terasa hati dengan kawan kita...tp itu adat la....mana ada manusia yg xpernah buat salah...setiap manusia xkan lari dri melakukan kesilapan...cuma bila melakukan kesalahan kita perlu rendah diri untk meminta maaf...jgn trlalu ego untk ungkapkan "maaf" terhadap seseorang....n kita perlu memaafkan mereka andai mereka menyedari kesalahan mereka...Ungkapan "maaf" n memaafkan amat mulia n mengeratkan perhubungn persahabatan....jgn pula kamu menjadi batu api...merosakkan persahabatan...dengan mengata sahabat kamu sendiri..igtlah sahabat yg kamu mengata itu pernah menolong kamu ketika kamu kesusahan...adakah itu balasan kamu trhadap insan yg pernah menolongmu ketika kamu kesusahan????  Igatlah...Allah itu maha adil...apabila kita melukai hati sahabat kita...suatu hari Allah akan memberi balasan...jgn smpai suatu hri nnti kawan2 kamu disekelilng kamu membenci kamu....Sedarlah sebelum terlambat......

Allah akan meguji kita  dlm persahabatan....adakah kita nie seorg sahabat yg sejati???
itulah persoalannya....

Dalam menempuh hri2 yg mendtg yg penuh dengan onak ranjau kita perlu sabar megharunginya....
Igatlah Sahabat merupakan insan yg amat bermakna buat kita....jgalah persahabatan itu degn sesucinya n seiklasnya....


UNTUKMU KAWAN2...aku sayang korang sangat2.....trima ksh krna menjadi kwanku...menerima aku seadanya sebgai shbt kamu...trma ksh kerana menyerikan hidupku..maafkan aku jka aku ada membuat korg terasa n terluka..krna aku insan yg lemah...kdg2 tdk sedr apa yg kita lakukan n bicarakan......Akhir kta ketahuilah bahawa aku syg korg sgt2....


  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu....

  • Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati Anda dalam doa-doanya.









Friday, 14 October 2011

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

Thursday, 13 October 2011

DI JODOHKAN DI SYURGA



Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana un dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ da didan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.

Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat.


Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu.

Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu.

Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia....

Tuesday, 11 October 2011

Hakikatnya

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

 Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

Monday, 10 October 2011

Ubat oh Ubat

ubat oh ubat????

mesti korang ingat aku nie xsuka ubat kan..hek2....
sbnrnya ubat adlah sebahagian dr hidupku...tnpa ubat aku xblh bertahan.....
aku dah muak sgt mkn ubat...dah rasa loya tgk ubat....mana xnya aku trpksa mkn ubat hri2....

Mesti korg trtanya2 aku sakit apa kan....sakit aku xla serius sgt..biase2 jew...
cuma bg aku yg merasainya xtahn dah....
Doktor cakap darah aku kotor...byak kuman agaknya..hek3....
Aku xleh kene cahaya matahari...xleh berpeluh....xleh kene panas....adoi memg sush...
so ubatlah peneman hidupku...lau x aku xleh keluar rumah...
Kadg2 aku bertahan....xmau mkn ubat...tp mulalah badanku menggigil sakit....gatal mcm kene ulat bulu...pedih kulitku....kulit jadi merah2.....

Dah hmpir 7 tahun aku cm nie...dh berubt kmpg...tp biasalah brubt kmpg..pelik2....doktor plk suh pg check kt hospitl besr...aku jew xmau...nnti aku tkt bila thu ada penykit....So ubatlah penguatku sehari2....tnpamu aku lemah...

Aku rasa ada jugk org sakit cam aku nie...hem bg yg sama cm aku nie bawk2 bersabar la ya...dugaan hidup nie.....dulu aku fobia dgn matahari...fobia dgn panas..nk bersukan pun takut.mana x nye kepedihan 2 membuak2....xthan lg....bila mkn ubat bru la aku jd normal...Enth bila la nk hilg...aku nk normal mcm org lain....

Apapun aku brsyukur cz org ln rmai lg yg skit lg truk.....cuma aku risau nnti bila aku dh tua mcm mna la aku..muda2 dah mkn ubat byk....Yaallah jauhilah aku dr penyakit yang merbahaya...amin...........

Saturday, 8 October 2011

Tiba-tiba kerinduan yang teramat.....

Semalam aku bermimpi....mimpa berjumpa dengan allahyarham abangku....
Bila dah buka mata bru aku tahu ianya hanyalah mimpi....
Walaupun pemergiannya sudah 5 tahun..tapi aku rasakan baru jew....Dia adalah penyeri keluargaku....keluargaku ceria kerana lawak jenakanya setiap hari n setiap ketika...Lebih dirasakan apabila sebelum pemergiannya dia menjadi seorang yang manja dengnku....

Aku rindukan kenangan ketika teman dia tengok bola....dri aku yg xsuka tgok bola jadi suka tgok bola..Kadang2 bila malam menonton Tv mulalah dia mintk tu..mintak nie...suh aku goreng megge la..suh goreng keropok la...n mcm2...kdg2 aku membebel gak...tp kejp jew,,pas 2 aku buat la..he2...kdg2 dia mulalah buat ayat sedih bila aku xlyan dia...Lebih menyedihkan lagi bila dia di sahkan mengidap penyakit lukimia...Dia mula berubah...dia selalu ada kt umah..sentiasa beribadat...kdg2 aku tgk dia nangis bila berdoa...aku pun turut nangis...kami sekeluarga bawak ke merata tempat untuk berubat cz doktor xboleh buat pe2...mereka nak air tulang belakang abang aku..Tp kmi sekeluarga xbg cz cukuplah apa yg pernah terjadi dengan saudara kami yang kehilangan air tulang belakang....So ke kedah...ke pulau pinang kami iktiar mengubatinya...dekat kelantan xyah nak ckap la...dimana je orang cakp kami akan bawa dia pg berubat....

Semakin hari badannya semakin kurus..kurus sangat2....cukup setahun dia sakit dia telah pergi ke rahmatullah....Masa tu 3 hri lg nak raya.....Raya thun 2 memang sugguh x bermakna....lebih menyedihkan aku bila aku tringat semasa aku merajuk dgn dia....pasal mee celup...dia beli mee celup x bg kt aku...so aku mrjuk...pas 2 dia nk pujuk aku..dia dtg dkt aku n nk suapkan aku mee celup...buat pertama kalinya aku rs pelik kenpa nga abg aku nie...buang tabiat kew...xpernah2...dah la aku ni dah besar....lowr 6...tp itulah kengn dia menyuapku smbil memujukku...setiap hari balik dari skolah dia akan tggu aku di depan pintu..bila dia tgok mulut aku merah mulalah dia merajuk cz 2 tandanya aku mkn mee celup selps balik sekolah..n xbelikan dia mee celup..aku nie hantu mee celup..hri2 mkn mee celup pun xpe...walaupun xmkan nasi..bila aku mkn mee celup aku suka mkn pedas2....so bibirku mulalah merah cz pedas sgt..he3.sbb itu smpai sekarang bila aku balik kampg msti mkn mee celup..kalau x..xsempurna hidupku....bila kehilagannya aku balik dr sekolah xde org tggu aku mcm 2 lg...

Dah lama aku xmimpikan dia...dulu slalu mimpikan dia..n hari2 bila aku bca yasin untuknya aku akan nangis...n bila aku ke kuburnya aku akan nangis jgk....smga dia di tempatkan dlm golongn org2 yang beriman..dah kau jauhilah dia dr siksaan kubur...amin..aku amat merinduinya.....

Luahan Hati...

Cinta...Ada apa dgn Cinta sebenarnya?????

Bagiku cinta adalah perasaan yang hadir dari hati yang suci dan murni....
Cinta adalah anugerah dari yang Esa..kita tidak mampu untuk menolaknya....
ianya hadir tanpa diundang.....
ianya hadir tanpa sebab...
ianyanya hadir tanpa jawapan....
ianya sukar untuk ditafsirkan
Hanya si pemilik hati itu yang tahu perasaannya....

Bagiku Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yg maha esa...Tapi bagaimana aku akan mengetahui dia memang ditakdirkan untuk aku?...susah untuk di tafsirkan...Tapi sebenarnya ALLAH telah mengurniaan manusia dengan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan juga akal untuk berfikir...
Jadi gunakanlah sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan...Tapi bilakah masanya.....hanya hatiku yang merasainya....n hanya Allah yang tahu..

Kadang-kadang hidupku sunyi tanpa cinta....tapi kadang2 kesunyian itu mengajarku erti ketenangan...
Walaubagaimanapun ku harap cintaku untuk kali seterusnya ini akan membawaku ke alam perkahwinan n ke syurga,,,cukuplah pengalaman cinta yang lepas2 mengajar aku erti kehidupan berkasih sayang. mengajar erti cinta yang sebenar...kerana aku tahu kadang2 Allah akan memberi orang yang salah dulu sebelum berjumpa yang benar2 dengan jodoh kita....





Jodohku Nanti....

          
Ya Allah...


Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi


Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan... ...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan .. Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah
Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat Amin Ya Rabbal A'lamin..

  YA Allah...
   Seandainya telah Engkau catatkan
   dia akan mejadi teman hidupku
   Satukanlah hatinya dengan hatiku
   Tetapkanlah kebahagiaan diantara kami


           Dan ya Allah... ya Tuhanku 




Seiringkanlah kami melayari hidup ini


Ke tepian yang sejahtera dan abadi


Agar kemesraan itu abadi





Tetapi ya Allah...





Seandainya telah Engkau takdirkan... ...




   Dia bukan milikku
   Bawalah ia jauh dari pandanganku
   Luputkanlah ia dari ingatanku
   Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
   Dan peliharalah aku dari kekecewaan
   Berikanlah aku kekuatan
   Melontar bayangannya jauh ke dada langit
   Hilang bersama senja nan merah
   Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
   Dan .. Gantikanlah yang telah hilang
   Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
   Walaupun tidak sama dengan dirinya..

 Ya Allah ya Tuhanku...

   Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
   Sesungguhnya apa yang telah
   Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
   Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini
   Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat
   Amin Ya Rabbal A'lamin..
   

Friday, 7 October 2011

Cintaku...

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

Salam Perkenalan

Assalamualaikum....

Buat pertama kalinya aku berblogger..hek2...bak kta ore kelate "darak sungguh". sebelum nie aku just bca orng punyer blog jew...So skrg my turn..hek3...Sebelum 2 kene la prknalkan diri aku nie....dah tajuknya salam  perkenalan...kne la knl aku seadanya aku....Aku nie orangnya biase2 jew.....mcm org lain gak...ada hidung..mata..mulut...n so on...lupa plak n pipi yang tembam..hek3...

Pertama kali pandang aku mesti org akan ingat aku ni garang orangnya, bak kata org klntn "bekeng supo rima tino".hek2..Aku dh kalis dgr org ckp muka aku garang.Tp aku xmcm 2 la....bila korg knl aku bru korang tahu aku mcm ne...Aku ni nk kt pendiam xjugk..nk kata ckap byk xjugk..tp habit aku suka ketawa.n ada jugk yg kta aku ni ktawa laju ..hek3.....senaman muka katakan....nk jd awek muda...hek2

Apa lg aku nk crta ya....hem otak xleh mengarang la..maklumlah pertama kali berblogger...masih malu2..hek2
Skrg aku stdy kt UTHM....ambk kos FPTPK atau dlm erti kata yg lain Fakulti Pengurusan Teknologi Perniagaan n Keusahawanan...n minor aku Pengeluaran n Operasi....memang pnjg nor aku punya kos...Bila org tnya mulala aku mls nk menjwab..sbb pnjg sgt...so singktn aku FPT sudh...Sekarang aku thn 4 n last sem...sok2..sedih pun ada...suka pun ada...sedih cz nnti brpish nga kawn2.rndu diorg..rindu UTHM ..rndu nk stdy n bt asgmnt n PSM..hek3..suka plk cz nti bolh la kawen..hek3..GATAL nor aku nie....hek2...lawk jew....Ape pun i love UTHM ....hek2
Alamak member ajak pg mkn plk..bru nk mengarang n beremotion....hek2...sambg nnti la...he2