Saturday, 3 December 2011

10 kunci persahabatan


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Friday, 18 November 2011

Lelaki idaman saya!!!



lelaki idaman saya adalah seorg, lelaki yg b'iman.
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah,
yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk b'kata benar
yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu
yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang dijln Allah

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua&keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri&anak2 m'dalami islam
yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian
lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga
disitulah rumah idamanya
&dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya

Wednesday, 16 November 2011

BICARA BUAT SAHABAT

Sahabat…
Di kesepian ini
Bersama nyanyian kerinduan
saya mula membayangkan
Detik-detik kita bersama
Mengharungi lautan bersama demi satu
perjuangan

Menuruni lurah dan lembah
Demi mencari secebis sinar
Bekalan hari esok
Di sebalik pencarian itu
Terselit sebuah ikatan…PERSAHABATAN
Yang sukar diungkaikan

Namun…
Tanpa diduga
Lautan tenang tetap bergelora
Adakah bahtera kasih yang dibina ini
akan dilanda badai gelora
Dihempas oleh sang ombak yang menggila
Akan terungkaikah sebuah ikatan?
saya telah cuba menyelamatkannya dari musnah
Tapi apakan daya diriku ini tak mampu
lagi menanggung beban ini

Sahabat…
saya merantau mencari diriku semula
Dimanakah saya kini
Akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan
Yang pernah saya miliki dulu?
Lubuk hatiku dilanda resah,sedih,pilu dan rindu
Akan sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu
Deraian air mata mengiringi semuanya

pagi menyerlah kembali
Bangkit saya mencari ketenangan
Bagai tersedar dari mimpi
Di puncak kegelisahan
Kuharap sinar ini merubah segalanya
Akan kubawa haluanku sendiri
Akan kuteruskan perjuangan ini demi
menggenggam sebuah kejayaan
Kemaafan kupinta sepanjang kita bersama
Bisa mengguris hati masing-masing
Harapanku agar kau berjaya dalam hidup ini
Meneruskan perjuanganmu

Friday, 28 October 2011

Dugaan Hidup


Hari nie tba2 rasanya nk conteng blog aku nie..tp aku xthu nk contg apa...knapa??

Aku xpasti apa yang bermain dalam minda ku ini...
aku xthu apa yg aku mahukan...
aku xthu apa yg perlu aku lakukan...
ksedihan melanda lg hidupku....

Terlalu byk dugaan hidup yg tlh aku alami..ini semua ujian dari yg maha esa...
menguji ksabaran n keimanan hambanya...
sesungguhnya ia mgajar aku erti sebuah kehidupan..hidup nie prlukan kesabaran...perlukan tggungjawab...

Kadang2 kita rasakan dugaan yg diberikn terlalu berat...tp sesungguhnya Allah xkn beri dugaan yg xmmpu umatnya harungi...cuma kita  perlu kuat untk megharunginya...brdoa kpdanya..itulah jalan yg terbaik...

Aku rasa penat untk menangis...tp air mata tdk mgira  itu  semua...krana bila kesedihan melnda ia akan mengalir keluar tnpa di minta...
knpa aku bgitu murah dengan air mata....
rsanya xsggup sudh...
aku nk jd kuat...
kuat dlm menempuh dugaan hidup....
kuat  dlm mgharungi onak n duri hidup...

YAALLAH kau tbhkan hti hambamu ini..kau kuatkan lah aku dlm menempuh segla dugaan hidup ini....
Amin..

Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN…

Tuesday, 25 October 2011

Detik berlalu...

Pejam celik -pejam celik rupanya aku dah sem akhir...hem rupanya dh 3 thn lbh aku kt sini...terlalu bayak suka duka yang aku lalui disini.terlalu byk kenangan manis n pahit disini..kerana aku di sini hanyalah perantau yang hanya ada sahabat disisiku....Terasa sedih plk....xlama lg akan berpisah dengan mereka n menjalankan kehidupan mengikut hala tuju masing2...Aku syg sangat kt mereka nie...hadirnya mereka sebagai shabat seperjuangan...sahabat suka duka...meghiburkan aku ketika aku sedih....dismpingku bila aku kesusahan....Sesungguhnya untk mndapatkan sahabat dikala susah n senang amat sukat....selalunya sahabat ketika bersuka ria memang bayak..tp sahabat dikala kita kesusahan memang susah untk kita perolehi....

Kadang-kadang ada jugak terselit terasa hati dengan kawan kita...tp itu adat la....mana ada manusia yg xpernah buat salah...setiap manusia xkan lari dri melakukan kesilapan...cuma bila melakukan kesalahan kita perlu rendah diri untk meminta maaf...jgn trlalu ego untk ungkapkan "maaf" terhadap seseorang....n kita perlu memaafkan mereka andai mereka menyedari kesalahan mereka...Ungkapan "maaf" n memaafkan amat mulia n mengeratkan perhubungn persahabatan....jgn pula kamu menjadi batu api...merosakkan persahabatan...dengan mengata sahabat kamu sendiri..igtlah sahabat yg kamu mengata itu pernah menolong kamu ketika kamu kesusahan...adakah itu balasan kamu trhadap insan yg pernah menolongmu ketika kamu kesusahan????  Igatlah...Allah itu maha adil...apabila kita melukai hati sahabat kita...suatu hari Allah akan memberi balasan...jgn smpai suatu hri nnti kawan2 kamu disekelilng kamu membenci kamu....Sedarlah sebelum terlambat......

Allah akan meguji kita  dlm persahabatan....adakah kita nie seorg sahabat yg sejati???
itulah persoalannya....

Dalam menempuh hri2 yg mendtg yg penuh dengan onak ranjau kita perlu sabar megharunginya....
Igatlah Sahabat merupakan insan yg amat bermakna buat kita....jgalah persahabatan itu degn sesucinya n seiklasnya....


UNTUKMU KAWAN2...aku sayang korang sangat2.....trima ksh krna menjadi kwanku...menerima aku seadanya sebgai shbt kamu...trma ksh kerana menyerikan hidupku..maafkan aku jka aku ada membuat korg terasa n terluka..krna aku insan yg lemah...kdg2 tdk sedr apa yg kita lakukan n bicarakan......Akhir kta ketahuilah bahawa aku syg korg sgt2....


  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu....

  • Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati Anda dalam doa-doanya.









Friday, 14 October 2011

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

Thursday, 13 October 2011

DI JODOHKAN DI SYURGA



Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana un dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ da didan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.

Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat.


Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu.

Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu.

Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia....